I may never see tomorrow, there's no written guarantee, And things that happened yesterday belong to history. "
Saturday, November 07, 2009
sesuatu yang sesuatu.....
bangkit pagi nie hasil deringan panggilan dari adik....... berita agak gembira namun perlu lebih bersyukur dan bersedia fizikal dan mental untuk sebarang keberangkalian. sesungguhnya, suka atau tidak aturan Nya adalah yang terbaik dari kita. lantas menghubungi adik perempuan ku untuk melihat khabar keluarganya pula. kakak akan ku hubungi kemudian kerana kakak yang paling kerap menerima khabar dariku.
nak ceritanya menda lain............ celik mata, lepas debak debuk, sekodeng blog orang.... memenuhkan aktiviti yang suka suki. hakikat, banyak lagi keje lain, tapi manusia kan....... so, terpanggil aku untuk mencoret disini. berdasarkan area yang aku sekodeng, antara yang hangit adalah N9 berentap malam nie. aku bukanlah anak minang, namun seawal alam persekolahan, N9 nie menarik perhatianku. tegahan aku mendapat didikan didaerah tengah bumi Johor yang bersempadan dengan N9, jadi adalah jua terapan dari awal hasil ikutan dari kawan-kawan yang terlempiasnya budaya negeri. dalam banyak-banyak dialek percakapan, cakap N9 la yang aku suka nak dengar. tapi masa interview keje kat N9, aku reject cz aku tak suka dengar orang cakap N9 dalam ofis, boley.... musykillllllllll..... cuma mungkin untuk offical matter aku suka bahasa biasa kot, cz aku johorean..........perghhh bangga tu.. ekceli kita dibesarkan dengan bahasa nie, so macam tak normal jer cakap dialek kat office. hakikat semua negeri gitu... kot tu pasal aku keje area kay L ...ok, balik pasal N9.
selain dari dialek, masak lomak cili api adalah kegemaranku... segala yang pedaslah. bermula dengan ini, susunan ILAHI, memanjangkan minat ku ke negeri itu. senang cakap, bila sebut N9, terlalu banyak memori yang terlontar dikotak kepala ini. terlalu banyak yang peribadi. terlalu banyak yang tak mampu padam sendiri. pelbagai lontaran buruk diperkatakan pada orang N9, tapi bagi aku, itu semua terpulang pada individu walau terkadang ada jua yang macam terlekat. namun, mungkin kerana mereka dibesarkan dikalangan begitu. tapi aku tak endahkan itu. yang nyata, jika disuruh buat karangan pasal N9, aku mampu menghasilkan sebuah novel berkenaan N9 dan didiriku............
ermmm kerana sekarang perang N9 and kelantan, jika ku toleh ke belakang... antara kenalan aku ada yang berasal dari dua daerah ini. jika (walau kita tak digalak untuk berjika atau berkalau.........), berakhir dengan kenalan kelantan, mahu sekarnag aku pun tak tahu macam mana.... nak sokong mana.... hehehehehhe...
aku sememangnya tercari-cari lagu yang aku duk pulun dengar sepanjang penerbangan glasgow-malaysia, malaysia-glasgow. entah camna malam nie baru ku jumpa. sesungguhnya, gendang telinga nie memang tak muak mendengar lagu nie sepanjang 14 jam penerbangan (X 2). entah apa yang menarik tak tahu. tapi sedap ditelinga aku. lirik entah aku tak paham... rasa melodi dia kot aku suka..........
tapi layan je la.....
aku kasi lirik dia eik........(tapi aku bukan paham pun)
terbang bersamamu.
berhembuslah engkau angin malam bawa serta laguku mengitari bumi ini hingga jauh
akulah seorang petualang yang mencari cinta sejati sampai mati aku akan tetap mencari
aku bagai biola yang tak berdawai bila tidak engkau lengkapi aku mohon agar engkau tinggal di sini
hamparan pasir putih menunggu karang di lautan menangis bila aku tak bisa melumpuhkanmu
reff: peluk erat tubuhku sentuhlah jemariku rebahkan sayap-sayap patahmu dan terbanglah bersamaku tuk melintasi langit ke tujuh bawalah aku ke alam damaimu
peluk erat tubuhku sentuhlah jemariku rebahkan sayap-sayap patahmu
pagi nie masa lepas bersiap nak ke uni. hati mula panas dan kepala dah macam bengal sengal semua ada............. leaking lagi bilik air itu... sampai sebelum meeting hajat aku nak taruk jer silicon sendiri. dek sure bising agen tu nanti. tapi atas kemahiran ku, aku tak sure nak proceed or research bagaimana kaedah untuk elakkan leaking tu......
pup pap sampai masa meeting...
koje yang aku hantar 2 minggu lepas dipulangkan. aku rasa macam ok. tapi keluar je dari bilik meeting ditegur kawan yang kata aku nampak lost.......... hahhahaha kiranya perasaan ok...or bebuat ok, sebenarnya tak ok ker......... aaaaaaaaarrrrrrrrrrgggggghhhhhhhhh
ok nie komen M.
dia kata general ok keje tu. tapi akunya idea tu dok lompat lompat ... topik nie tak habis gie topik tu... dalam satu paragraph banyak yang aku nak cover. and dianya connection tu tak berapa nak elok. and kadang koje aku dok me repeat... or merempit....... idea ok, tp cara present perlu dikemas kini............
lepas tu aku terpikir.... kot kehidupan mempengaruhi aku menulis kot....... very simple tengok blog aku in one day banyak yang aku merepek.......... ergghh mana gie eik minah merepek tu...... ha tengok... aku ke lain.. kuar topik... gitulah jugak kojer mak cik...... waduhhh parah nie..... tapikan kat sini emosi yang pengaruh... yang keje tu otak yang handle. apa kena ler aku nie......
tak pe luah...luah sampai le rasa stabil... kalau tak nanti, bekecamuk sendiri jugak....... luahkan emosi tu stabil.......... so mak cik nak..
dengarlah dunia............peritnya, sukarnya melakarkan ilham di alam nyata....
kadang nampak 'alah biasa'
namun sebenar 'sukar sentiasa'
jadi aku kena terus lagi berlari, usah berhenti..... amek nafas jer ... kerana sekali terhenti, hilang diri pulak nanti..........
from positip point, kot habit nie nanti leh aku lompat ke bab or sub bab lain selepas kat seminggu kat sub bab yang sama................
adussssss.... aku baru 2 wks nak rajin. entah mana silapnya malas menjelma kembali.... sungguh kurang sopan tau malas nie... lebih melampau aku yang sedar tapi membenarkan malas bermaharaja lela.......... sudah lupas ingatan apa....
malas menjelma dalam pelbagai bentuk.... ia mampu pengaruhi minda. tanpa sedar malas menghantui......... jadi aku kena terus berlari.... meninggalkan malas di tepian river tay tu.......... (nak berlari pun dah malas, camna nak tinggalkan nir...............huhuhuhu).
rasanya buat masa ini aku seakan tak cukup masa. hari macam berlalu pantas sedangkan sehari 24 jam ermm 25 jam ke...tapi mungkinkah kerana aku baru bermula secara 1/2 consistant... dulu 14 jer ke consistant nan aku tu.......
cukup untuk aku kata sekarang... terasa sempit... sempit didada... sempit bernafas...sempit dikepala..........
dan aku tak pasti akukah yang kejam pada diri sendiri kerana kepoya poyaan aku yang lepas....... atau... sememangnya fasa menulis itu kejam....menyiksakan... membuntukan.......
terasa amat tersiksa sekarang.........................
setiap manuasia berdepan dengan persoalan yang tersendiri. ada persoalan yang nyata ada juga yang mainan emosi. kesukaran menghadapi terpulang pada setiap individu. terkadang gabungan dua persoalan lebih menghentak kepala.
persoalan datang tanpa diminta, mengisi perjalanan kehidupan kita. kadang permasalahan yang timbul diluar jangkaun pemikiran kita. puas cuba menghitung, puas cuba mengimbangi, namun ternyata tak tercapai dek akal manusiaku apakah yang berlaku. jenuh mencari dimana silapnya. jenuh mencari mana puncanya. kiranya kerana pernah tingkah ini, cara ini, manusia ini membuat sesuatu yang terlalu menguris rasa. tidakah ada langsung ruang kemaafan di jiwa???..........
jika guris itu kini tinggal berbekas dihati, tidak kah mampu masa itu menlunturkan rasa benci. sesuatu yang sukar dinyatakan hanya perasaan yang merasa. terkadang lemas juga dengan permasalahan bergini, namun aku rasa bersandar pada Nya untuk menrungkai segala. hanya DIA yang tahu apa yang tersirat dan tersurat. penolakan itu terasa namun tiada bukti yang nyata. biar kepala berisi dengan beribu persoalan, namun ku balut semua rasa dengan satu kata. menghormati mungkin yang terbaik dari cuba memahami.
jadi diri, alpakan diri dari terus dihujani dengan rasa itu. cubalah cari damai dihati. seperti yang pernah dikatakan padaku, 'keaiban itu terbuka oleh Nya atas kehendaknya, dan tertutup keaiban itu jua atas kehendak Nya' . semestinya aku yang lemah sukar menerima, tapi apa yang berlaku diluar jangkau pemekiran manusia............
jika masa tidak mampu membalut atau membunuh kebencian didiri terhadap makhluk ini. ku harap masa mampu merawat rasa untuk tempoh yang berbaki ini............
mulanya aku nak menulis pada masa kejadian. tapi terbantut disebabkan masa kena peruntukan untuk bersedia bagi meeting pukul 11 pagi. dek kerana meeting jadi kena kunon lebih fokus, itu buat aku rasa begang teramat pagi nie gara-gara rakan-rakan sebilik......ekceli tak leh salahkan pun, cz aku pun sama jer kekadang. silap-silap leh plak dengar sampai ke bilik sebelah. so tu maybe next enry adab-adab berjiran....... hehehehehe
kekangan masa dek sebab terlebey berfoya-foya sudah, membuat aku sentiasa stress.. penyakit ikut mood memang tak der ubatnya rasaya.... ikut aku la... keje yang aku expect leh siap before meeting tak berjalan sebagai mana dirancang. antara faktor ialah dek irish guy... huhuhuhu itu version lain. nanti rajin aku ceter plak. setelah dipaksa berbagai cara, semalam produktiviti agak menurun. so pagi nie aku awal dengan harapan pagi selalu otak laju. ok la dengan secawan kopi aku mulakan kerja... kopi tak leh tinggal sekarang... tiba-tiba aku tak leh beranjak dari satu ayat nie, duk ulang-ulang-ulang... aku terasa macam ada bug jer kat telinga aku yang buat aku tak leh faham dah. then aku realize yang alkisah orang dok hiruk pikuk kat sebelah aku... ceh, kunon tadi fokus sangat la tu kan... apa pun nak ceter kerana perbualan yang kuat tanpa endah wei orang lain kena belajo, so menganggu........... terganggu .......
mungkin dek kerana ialah pepagi orang datang opis kan mud suka suki... so, depa nak la bersapa-sapa pagi hari.. afterall derang bukan student pun... tapi weii, aku nie tah habis belajar nie....... tolong la consider... amek, masa aku suka suki, tak heran orang nak studi. ikut suka cakap sepelaung leh dengar. kena masa awak, nak komplen jer......... tapi aku pendam jer rasa tak puas hai, cz bottom line awak pun bersembang. tapi tahap kepanasan meluap wei...
jadi pengajaran untuk aku dan semua yang berkongsi bilik, adab no 2 ialah, sila hormati rakan sebilik. jika dulu buat bising cuba perbaiki dengan perlahankan corong suara anda. dan kerana itu, aku kembali amek lunch di tempat sesuai.. walau aku dok mengunyah sorang bersama kerusi untuk 4 5 orang....... hehehehe...
tapi aku nanti nak ceter menda yang buat aku jadi tak leh tahan nak ketawa masa derang bercerita. kisahnya pasal proses pembelajaran yang berbeza di german and uk. dek sorang nie dari german, dia kata kat sana lecturer semur jenis nak halau student... soh cepat habis. lulus ker fail ker, ikut mu la....... datang kata tak paham, depa agak malas nak layan. korang kena cari jalan la macam mana nak paham. masalah derang, hanya mengajar, lain-lain sendiri tanggung. berbeza disini yang agak soft. even lecturer bentikan student cz tgk tak belajar. really concern. and apa saja masalah derang akan sokong and support. hingga dia kata pernah sekali ada student dia, masa tu dia tutor, tak leh wat assignment dek kerana break off dengan girlpren dia. anto email mintak extension time. so, dia kena plak antar email ke lecturer yang patut and depa bagi extension. aku kan memang siap mintak maap cz cara dia cerita and cara dia bantah perkara nie memang lawak. so aku tak tahan nak ketawa. bagi aku memang kelakar gila la. kalau orang lain tak rasa lawak. maybe cz aku tak olah kejadiaan tu sekali. apa pun nak highlightnya, apa ke hal ler, kes putus cinta lecturer nak consider. tolong la......and ayat yang aku gelihati gila. tutor tu kata umur baru 17-18 thn. banyak lagi la gilpren yang nak kena putus cinta...... so, apa masalah putus cinta yang semasa tu. kelakar kelakar... sampai masa menulis nie, aku masih teringat kejadian pagi tadi yang mula dengan amarah, berakhir dengan aku terkekek-kekek............
lagi-lagi aku kesini kan. nie saja nak cakap adap-adap (betul ker ejaan, nampak pelik jer) berkongsi bilik........
untuk fasa pertama nie. boleh tak hempis hingus diluar bilik. kalau jenis cam pompuan yang bunyi pun tak pasti nangis ke menghempis hingus tu ada maap. nie bunyi bagai melambang berapa berat mangsa selsema tu..........eeeeeeeeeeeeeeeeeeee
sungguh membuat aku tertekan.........
ermmm dont tell me today is stress day for me............. arrggggghhhhhhh
isshhh tak leh pikir lagi la apa yang sewaktu dengannya. tapi aku bebetul rasa begang nie. selain dari keje menimbun and otak nie macam dah duk dalam fridge winter tu. aku rasa begang dengan labtop aku tu........
boley tak kunon balik kampung hari tu nak selesaikan apa yang patut. tapi bila kembali keadaan adalah lebih teruk dari sebelum. and benda yang memang aku dok tak reti-reti ingatkan diri ialah bawak semua cd driver untuk labtop tu. memang tak patut marah cz nie memang penyakit cari sendiri. tapi aku nie nak membebel nie. ekcelinya cz ada plak manusia yang meng'offer' labtop dia. so, instead of aku anto cuci labtop aku, aku amek jalan mudah. tapi masalahnya confirmation last minit. lagi la parah. dengan beranggapan labtop tersebut yang terbaik, aku pun dengan senang hati la suka suki bawak. sekali... yapadaaaaaaaaaa........ alkisah lepas diproses agaknya oleh tuan punya labtop. isikandungan penting semua tak diisi sekali. jadi malang kali ber berapa entah aku nie, terkena lagi........ dok soh hantar cd driver, tak sampai-sampai. mula la aku rasa cam nak mintak angin nie tolong hantar aku kan. oooooooo kakak, leh tak respect yang aku mintak tu urgent...... aku tahu kakak aku bukan rajin baca blog aku. kalau rajin, banyak lagi nak aku bebelkan...........
senang cakap aku rasa macam virus tu saje tau. virus nie kejam gila, pergilah serang orang yang pandai it and yang ada semua gadjet-gadjet it tu. nie aku yang memang tahap ..ishh tak der level la dalam it nie.........
waaaaaaaaarrrrrrrrrrrgggggggggghhhhhhhhhhhhhhh................. geram yang amattttttttt.........
tetiba kepala berdenyut. jadi aku batalkan apa yang aku rancang dan sekarang aku mengadap pc. walau pun kepala berdenyut aku masih tak mahu untuk berhenti. kerana tidak payah memanjakan diri kerana aku sentiasa berpoya-poya.
dalam pada tak der idea, bila bukak jer pc aku... nie la yang kuar. jadi aku just share disini. untuk adik, jangan berasa hati cz gambar nie je dalam pc. ekceli aku ada 3 gergasi kenit dan 5 comot. kerana masa aku banyak berhutang dengan mereka. jadi aku harus segera pulang. sementara aku masih diberi masa, aku perlu membayar hutang pada 5 comot, 3 gergasi kenit tu ada mak bapak nya.......... huhuhuhu
layan gamba la, sakit kepalaaaaaaaa
nie la akunya wallpaper.... nie gambar mangsa berusia setahun kot. p/s: sila hantar gambar-gambar lain yea... untuk captain juga cz tak update pasal captain lagik nie... oooooooo adam dudakkkkkkk................
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran