mulanya aku nak menulis pada masa kejadian. tapi terbantut disebabkan masa kena peruntukan untuk bersedia bagi meeting pukul 11 pagi. dek kerana meeting jadi kena kunon lebih fokus, itu buat aku rasa begang teramat pagi nie gara-gara rakan-rakan sebilik......ekceli tak leh salahkan pun, cz aku pun sama jer kekadang. silap-silap leh plak dengar sampai ke bilik sebelah. so tu maybe next enry adab-adab berjiran....... hehehehehe
kekangan masa dek sebab terlebey berfoya-foya sudah, membuat aku sentiasa stress.. penyakit ikut mood memang tak der ubatnya rasaya.... ikut aku la... keje yang aku expect leh siap before meeting tak berjalan sebagai mana dirancang. antara faktor ialah dek irish guy... huhuhuhu itu version lain. nanti rajin aku ceter plak. setelah dipaksa berbagai cara, semalam produktiviti agak menurun. so pagi nie aku awal dengan harapan pagi selalu otak laju. ok la dengan secawan kopi aku mulakan kerja... kopi tak leh tinggal sekarang... tiba-tiba aku tak leh beranjak dari satu ayat nie, duk ulang-ulang-ulang... aku terasa macam ada bug jer kat telinga aku yang buat aku tak leh faham dah. then aku realize yang alkisah orang dok hiruk pikuk kat sebelah aku... ceh, kunon tadi fokus sangat la tu kan... apa pun nak ceter kerana perbualan yang kuat tanpa endah wei orang lain kena belajo, so menganggu........... terganggu .......
mungkin dek kerana ialah pepagi orang datang opis kan mud suka suki... so, depa nak la bersapa-sapa pagi hari.. afterall derang bukan student pun... tapi weii, aku nie tah habis belajar nie....... tolong la consider... amek, masa aku suka suki, tak heran orang nak studi. ikut suka cakap sepelaung leh dengar. kena masa awak, nak komplen jer......... tapi aku pendam jer rasa tak puas hai, cz bottom line awak pun bersembang. tapi tahap kepanasan meluap wei...

jadi pengajaran untuk aku dan semua yang berkongsi bilik, adab no 2 ialah, sila hormati rakan sebilik. jika dulu buat bising cuba perbaiki dengan perlahankan corong suara anda. dan kerana itu, aku kembali amek lunch di tempat sesuai.. walau aku dok mengunyah sorang bersama kerusi untuk 4 5 orang....... hehehehe...
tapi aku nanti nak ceter menda yang buat aku jadi tak leh tahan nak ketawa masa derang bercerita. kisahnya pasal proses pembelajaran yang berbeza di german and uk. dek sorang nie dari german, dia kata kat sana lecturer semur jenis nak halau student... soh cepat habis. lulus ker fail ker, ikut mu la....... datang kata tak paham, depa agak malas nak layan. korang kena cari jalan la macam mana nak paham. masalah derang, hanya mengajar, lain-lain sendiri tanggung. berbeza disini yang agak soft. even lecturer bentikan student cz tgk tak belajar. really concern. and apa saja masalah derang akan sokong and support. hingga dia kata pernah sekali ada student dia, masa tu dia tutor, tak leh wat assignment dek kerana break off dengan girlpren dia. anto email mintak extension time. so, dia kena plak antar email ke lecturer yang patut and depa bagi extension. aku kan memang siap mintak maap cz cara dia cerita and cara dia bantah perkara nie memang lawak. so aku tak tahan nak ketawa. bagi aku memang kelakar gila la. kalau orang lain tak rasa lawak. maybe cz aku tak olah kejadiaan tu sekali. apa pun nak highlightnya, apa ke hal ler, kes putus cinta lecturer nak consider. tolong la......and ayat yang aku gelihati gila. tutor tu kata umur baru 17-18 thn. banyak lagi la gilpren yang nak kena putus cinta...... so, apa masalah putus cinta yang semasa tu. kelakar kelakar... sampai masa menulis nie, aku masih teringat kejadian pagi tadi yang mula dengan amarah, berakhir dengan aku terkekek-kekek............
heheheheehehehehehehe.................

