I may never see tomorrow, there's no written guarantee, And things that happened yesterday belong to history. "
Tuesday, November 10, 2009
pengalaman lepas yang tak dek endah...
sungguhnya manusia itu mudah alpa. suka anggap mudah. tak pernah ingat. sudah terantuk baru nak tergadah...(semua nie adalah untuk aku)
hakikat, aku bukan tidak berpengalaman dalam membuat 'research'. even bukan project besar, namun pengalaman sebelum ini patut mampu untuk aku unjurkan corak kerja yang sepatutnya. tapi itulah aku yang takat dimulut saja mengucap tak ulangi apa yang telah menyukarkan aku sebelum ini. padahnya kini. lebih parah dengan kelemahan yang ada lebih menyukarkan perjalanan aku kini. walau puas berkata positif untuk menimbulkan aura bahagia pada diri, namun jauh di satu sudut, diri agak tertekan jua dengan keterbatasan yang ada.
pada perjumpaan yang lalu, aku minta tangguhkan perjumpaan akan datang ke 2 minggu hadapan. kejinya aku, aku serampang dua mata. 1. kerana ada pula perancangan yang tidak dapat dielak, atas komitmen yang telah dijanjikan. 2. barulah kerana aku sememangnya mahukan masa yang lebih.
aku bukan jenis yang suka buat keje cincai bocai. dalam aku cuba memyiapkan apa yang sepatutnya, aku rasa masa semakin kurang. banyak yang harus aku terokai, banyak yang aku harus redah. namun, terkadang kerana keterbatasan membuat aku kerap berhenti malas. dan aku pasti M sure tak berapa setuju jika aku ketengahkan ia sekarang. jadi aku perlu siapkan secara total untuk tujuan semakan. namun untuk tiba ke garis total, kadang banyak kekeliruan timbul. sukarnya rasa. dan seakan diri mahu jer M bersedia 24/7 masa untuk ku.
dalam perjalanan yang kita sendirian ini, mahupun untuk kehidupan peribadi atau tidak. jangan dinafikan kesukaran yang perlu dilalui. kepahitan dan kedukaan ini akan menjadi satu kenangan manis. namun, jauh lagi untuk dikenang manisnya untuk masa ini.
dalam kedinginan, aku terus mencari kekuatan untuk meneruskan perjalanan awal yang sudah terlewat ini...................
isnin adalah permulaan minggu. keadaan semasa kadang mempengaruhi isnin kita. aku yang tadi dilanda rindu pada 'mereka' tetiba beralih arah. dalam sejuk, kepala berdenyut.... mana arah datang tanpa bagi amaran. lebih membuat kepala berat dengan aktiviti personal yang tak habis-habis.
aku tanpa malu ingin katakan, aku suka hidup disini. aku suka keadaan disini biarpun kadang kala sepi menjengah. aku tak serik untuk ke sini. aku suka dengan kemudahan disini. dan bagi aku agak keji untuk membenci bumi uk ini. kerana disinilah tempatnya aku menuntut ilmu. kerana disinilah suka duka ku untuk 3 tahun ini. kerana disinilah aku makin dewasa. banyak kemudahan yang aku kongsi. banyak yang mematangkan aku. namun, semua ini tidak bermakna aku lupa negara kelahiran dan tidak ingin pulang. bila masanya tiba, aku akan pulang. namun untuk membenci dan mengeji bumi aku berpijak sekarang adalah tidak. ketidak seronok dan keburukan ada di mana-mana. cuma semua atas kita, mungkin saat menghadapi kita menjerit pekik, namun bila masa berlalu, kita ketawa memikirkan pengalaman itu.
jadi hari nie aku yang tengah sakit kepala ini, ingin mejerit sebelum tertawa. pengalaman aku mendapat rawatan disini amat baik. cuma biasalah untuk memulakan satu appointment tu adalah kesukaran. tapi tak ku sangka nak batalkan appointment pun sukar......... warrrrrrggghhhhh..... nie mokcik geram. dah la sampai 2 kali aku talifon. mana taknya di pas aku ke sana sini. hello, bil nie mak cik bayar......... sudahnya, sebelum aku terkena lagi. panggilan terakhir aku terus cakap, tolong dengar apa aku nak cakap dulu sebelum pass aku sana sini cz nie kali terakhir aku nak call. ekceli aku leh jer wat dek kan... tak yah pun kata nak cancel. tapi kunon tanggungjawap sosial kan. so buk bek, pok pek... settle. dan yang paling keciwa rasanya, cz dia kata aku leh ignore jer la............ ishhh kalau ku tahu, dari awal aku terus ignore....
menjengah ke pagi isnin, aku terasa ada rasa rindu... rasanya seakan ingin keluarga berada disisi.. aduh perasaan yang entah patut, entah tidak... tapi itulah luahan pagi isnin 9 nov 2009...
ketika cinta bertasbih
Bertuturlah cinta mengucap satu nama Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku Cinta yang bertasbih mengutus hati ini Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu
[*] Bisikkan doaku dalam butiran tasbih Ku panjatkan pintaku pada mu Maha Cinta Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit
[**] Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Back to [*][**]
Cinta…
Back to [**]
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta Ketika cinta bertasbih
sejuk pagi yang mengigit hingga ke tulang, bersama dengan secawan kopi panas dan kerja yang terbengkalai, tiba-tiba kepala terputar mimpi semalam. terasa seram bila mengenang mimpi semalam. terfikir aku, pernahkah sebelum nie aku bermimpi begitu. serasa ku macam tak, macam eya...... kerana pernah dicerita dek mak, jadi aku agak keliru, akukah yang pernak bermimpi bergitu atau mak.
namun, mimpi adalah mainan tido. tapi mimpi itu kadang-kadang menjadi kenyataan. adakah mimpi seram ku itu akan bertukar menjadi nyata............ parah sudah..........
bangkit pagi nie hasil deringan panggilan dari adik....... berita agak gembira namun perlu lebih bersyukur dan bersedia fizikal dan mental untuk sebarang keberangkalian. sesungguhnya, suka atau tidak aturan Nya adalah yang terbaik dari kita. lantas menghubungi adik perempuan ku untuk melihat khabar keluarganya pula. kakak akan ku hubungi kemudian kerana kakak yang paling kerap menerima khabar dariku.
nak ceritanya menda lain............ celik mata, lepas debak debuk, sekodeng blog orang.... memenuhkan aktiviti yang suka suki. hakikat, banyak lagi keje lain, tapi manusia kan....... so, terpanggil aku untuk mencoret disini. berdasarkan area yang aku sekodeng, antara yang hangit adalah N9 berentap malam nie. aku bukanlah anak minang, namun seawal alam persekolahan, N9 nie menarik perhatianku. tegahan aku mendapat didikan didaerah tengah bumi Johor yang bersempadan dengan N9, jadi adalah jua terapan dari awal hasil ikutan dari kawan-kawan yang terlempiasnya budaya negeri. dalam banyak-banyak dialek percakapan, cakap N9 la yang aku suka nak dengar. tapi masa interview keje kat N9, aku reject cz aku tak suka dengar orang cakap N9 dalam ofis, boley.... musykillllllllll..... cuma mungkin untuk offical matter aku suka bahasa biasa kot, cz aku johorean..........perghhh bangga tu.. ekceli kita dibesarkan dengan bahasa nie, so macam tak normal jer cakap dialek kat office. hakikat semua negeri gitu... kot tu pasal aku keje area kay L ...ok, balik pasal N9.
selain dari dialek, masak lomak cili api adalah kegemaranku... segala yang pedaslah. bermula dengan ini, susunan ILAHI, memanjangkan minat ku ke negeri itu. senang cakap, bila sebut N9, terlalu banyak memori yang terlontar dikotak kepala ini. terlalu banyak yang peribadi. terlalu banyak yang tak mampu padam sendiri. pelbagai lontaran buruk diperkatakan pada orang N9, tapi bagi aku, itu semua terpulang pada individu walau terkadang ada jua yang macam terlekat. namun, mungkin kerana mereka dibesarkan dikalangan begitu. tapi aku tak endahkan itu. yang nyata, jika disuruh buat karangan pasal N9, aku mampu menghasilkan sebuah novel berkenaan N9 dan didiriku............
ermmm kerana sekarang perang N9 and kelantan, jika ku toleh ke belakang... antara kenalan aku ada yang berasal dari dua daerah ini. jika (walau kita tak digalak untuk berjika atau berkalau.........), berakhir dengan kenalan kelantan, mahu sekarnag aku pun tak tahu macam mana.... nak sokong mana.... hehehehehhe...
aku sememangnya tercari-cari lagu yang aku duk pulun dengar sepanjang penerbangan glasgow-malaysia, malaysia-glasgow. entah camna malam nie baru ku jumpa. sesungguhnya, gendang telinga nie memang tak muak mendengar lagu nie sepanjang 14 jam penerbangan (X 2). entah apa yang menarik tak tahu. tapi sedap ditelinga aku. lirik entah aku tak paham... rasa melodi dia kot aku suka..........
tapi layan je la.....
aku kasi lirik dia eik........(tapi aku bukan paham pun)
terbang bersamamu.
berhembuslah engkau angin malam bawa serta laguku mengitari bumi ini hingga jauh
akulah seorang petualang yang mencari cinta sejati sampai mati aku akan tetap mencari
aku bagai biola yang tak berdawai bila tidak engkau lengkapi aku mohon agar engkau tinggal di sini
hamparan pasir putih menunggu karang di lautan menangis bila aku tak bisa melumpuhkanmu
reff: peluk erat tubuhku sentuhlah jemariku rebahkan sayap-sayap patahmu dan terbanglah bersamaku tuk melintasi langit ke tujuh bawalah aku ke alam damaimu
peluk erat tubuhku sentuhlah jemariku rebahkan sayap-sayap patahmu
pagi nie masa lepas bersiap nak ke uni. hati mula panas dan kepala dah macam bengal sengal semua ada............. leaking lagi bilik air itu... sampai sebelum meeting hajat aku nak taruk jer silicon sendiri. dek sure bising agen tu nanti. tapi atas kemahiran ku, aku tak sure nak proceed or research bagaimana kaedah untuk elakkan leaking tu......
pup pap sampai masa meeting...
koje yang aku hantar 2 minggu lepas dipulangkan. aku rasa macam ok. tapi keluar je dari bilik meeting ditegur kawan yang kata aku nampak lost.......... hahhahaha kiranya perasaan ok...or bebuat ok, sebenarnya tak ok ker......... aaaaaaaaarrrrrrrrrrgggggghhhhhhhhh
ok nie komen M.
dia kata general ok keje tu. tapi akunya idea tu dok lompat lompat ... topik nie tak habis gie topik tu... dalam satu paragraph banyak yang aku nak cover. and dianya connection tu tak berapa nak elok. and kadang koje aku dok me repeat... or merempit....... idea ok, tp cara present perlu dikemas kini............
lepas tu aku terpikir.... kot kehidupan mempengaruhi aku menulis kot....... very simple tengok blog aku in one day banyak yang aku merepek.......... ergghh mana gie eik minah merepek tu...... ha tengok... aku ke lain.. kuar topik... gitulah jugak kojer mak cik...... waduhhh parah nie..... tapikan kat sini emosi yang pengaruh... yang keje tu otak yang handle. apa kena ler aku nie......
tak pe luah...luah sampai le rasa stabil... kalau tak nanti, bekecamuk sendiri jugak....... luahkan emosi tu stabil.......... so mak cik nak..
dengarlah dunia............peritnya, sukarnya melakarkan ilham di alam nyata....
kadang nampak 'alah biasa'
namun sebenar 'sukar sentiasa'
jadi aku kena terus lagi berlari, usah berhenti..... amek nafas jer ... kerana sekali terhenti, hilang diri pulak nanti..........
from positip point, kot habit nie nanti leh aku lompat ke bab or sub bab lain selepas kat seminggu kat sub bab yang sama................
adussssss.... aku baru 2 wks nak rajin. entah mana silapnya malas menjelma kembali.... sungguh kurang sopan tau malas nie... lebih melampau aku yang sedar tapi membenarkan malas bermaharaja lela.......... sudah lupas ingatan apa....
malas menjelma dalam pelbagai bentuk.... ia mampu pengaruhi minda. tanpa sedar malas menghantui......... jadi aku kena terus berlari.... meninggalkan malas di tepian river tay tu.......... (nak berlari pun dah malas, camna nak tinggalkan nir...............huhuhuhu).
rasanya buat masa ini aku seakan tak cukup masa. hari macam berlalu pantas sedangkan sehari 24 jam ermm 25 jam ke...tapi mungkinkah kerana aku baru bermula secara 1/2 consistant... dulu 14 jer ke consistant nan aku tu.......
cukup untuk aku kata sekarang... terasa sempit... sempit didada... sempit bernafas...sempit dikepala..........
dan aku tak pasti akukah yang kejam pada diri sendiri kerana kepoya poyaan aku yang lepas....... atau... sememangnya fasa menulis itu kejam....menyiksakan... membuntukan.......
terasa amat tersiksa sekarang.........................
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran