I may never see tomorrow, there's no written guarantee, And things that happened yesterday belong to history. "



Wednesday, December 16, 2009
kawan lama

Friendshari nie aku isthiharkan hari kawan-kawan. separuh hari lepas habis meeting, tu la keje aku berchat dengan kawan lama.

satu jer yang aku realize, untuk berhadapan dengan kawan lama nie bukanlah mudah. seronok. excited nak tahu cerita kawan-kawan. tapi pada masa yang sama kadang kita tahu kita sudah tidak tahu akan sensitiviti mereka. begitu juga dengan mereka. jadi bagi aku untuk berhubung semula, aku kena pahatkan diminda yang aku kena terima apa sahaja keberangkalian yang akan timbul. akan terasa hati. akan kecik hati...... itulah antara risikonya disebalik kegembiraan mengenang kisah lampau.

tapi pendekatan aku amat mudah. seronok, excited dengan perkembangan kawan-kawan. aku juga cuba sebaik boleh untuk menjaga sensitiviti mereka dari segala sudut. dan harapan aku mereka pun sama. cuma, senjata akhir yang ku simpan, kiranya berlaku sesuatu diluar kawalan, beralah dan berundur ku rasa yang terbaik. dari memutuskan silaturahim yang sedia ada....

hakikatnya, berhubung kembali umpama berputar kembali masa ke zaman itu. umpama kata kawan tadi, jika dapat dipusing kan masa. tapi apa aku nak buat pun kalau masa dapat diputarkan semula.....jujurnya, tak terfikir dek akal ku.

 

nota notty:

huhu... mula la kan semua wajah-wajah boipen lamo den kuar satu satu.... kuang.. kuang... kuang......

2. kalau ikut kata kawan tadi, adakah kerana 'frust' dek boipen lama tu yang aku masih single mingle....... jawapannya adalah IDOK la cik kiah wei...... cumanya aku lum bertemu jodoh ........ huhuhuhuhuhu

Posted at 06:59 pm by leenn
Comments (3)  

Damba cinta

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah, kejahilan hambaMu
Kusering melanggar laranganmu
Dalam sedar ataupun tidak
Kusering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagiku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah
Diri ini Yang mendamba cintaMu
Aku lemah Aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering depanMu
Sering jua kumemungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Bilakah diri ini kembali
Kepada fitrah sebenar
pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku, kau pimpilah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil tanpa pimpinan dari mu
Kau Pengasih Kau penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambamu
Selangkah ku kepadaMu Seribu Langkah kau padaku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku snaggup kenerakaMu

Kutakut kepadaMu
Kuharap jua padaMu
Mogaku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

terkadang melalui media ini, ia mampu membuat diri terpanggil untuk menilai diri dan cuba untuk baiki diri. aku bukanlah orang yang sesuai untuk menulis panjang perkara sebegini. namun, ia cukup untuk ku nyatakan, mudah jiwa tersentuh dan berpaling ke jalan yang sepatut. namun begitu, semudah itu jua terkadang jiwa itu berpaling kembali. tapi apa pun, selagi masih ku ingat pegangan asas itu, ku harap ia akan terus ku terap dalam jiwa ini. mudah untuk berkata, mudah jua untuk terlupa. yang sukarnya ialah untuk membentuk jiwa itu. tuhan, semoga aku terus bawah lindungan mu.......

Posted at 05:34 pm by leenn
Make a comment  

Tuesday, December 15, 2009
muhasabah cinta

terasa ingin aku berkongsi apa yang ku dengar tadi. catatannya jua ingin ku kongsi tapi aku terlupa untuk mendapatkan izin. tapi aku seakan tersedar, segar kembali catatan sejarah itu. namun, ada jua penambahan ilmu.

sebagai manusia yang lemah, sering saja kita terlalai. namun, catatan ringkas kadang meninggalkan kesan mendalam untuk menginsafkan kita. dan kita manusia sering saja alpa, mudah saja lupa. namun, dengan tazkirah pendek atau apa jua catatan yang tiada unsur kurafat, membuat hati layu lembut kembali. itu lumrah manusia, mudah ingat mudah lupa. namun, kita kena cepat toleh ke keinsafan kembali.

Lagu :Muhasabah Cinta
Munsyid : EdCoustic

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Posted at 11:22 pm by leenn
Comments (3)  

negara maju

Thieves stole a cash machine from The Northern Bank  in Ballygawley, County Tyrone 19-11-2009

berita nie agak lama jugak dah aku tonton di tv. (hermmm ekceli lama jugak dah tak tengok berita.........). and banyak yang berlegar dalam kepala semasa aku tengok berita ini. aku juga terus teringat berita di tv yang aku tonton semasa pulang raya aidil fitri dulu. kerana kesempitan kewangan, banyak cara yang diguna untuk cubaan merompak. dan masa tu, cara yang digunakan ialah meletupkan bahagian belakang kedai emas dengan tujuan nak bolos masuk bilik kebal. wahhhh.... sungguh canggih perompak sekarang ku kira. banyak juga yang menjadi tanda tanya masa tu.....1. mana orang ramai....2. polis tak der ker....... tapi yang utama aku rasa perlu ditapis ialah sikap berita kita. menjelaskan perincian dan siap pamerkan di tv kedai tersebut tanpa disembunyikan nama kedai itu. bagi aku, ia boleh dipandang dari pelbagai sudut..... boleh pandang dari sudut, kedai emas makin canggih dalam mengawal rompakan. tapi tak kalah jugak, kita galakan perompak berlumba sapa bagus dan mampu. kerana pada aku cara berita tu disampaikan boleh mendorong perompak jugak.......

bila lihat berita di nothern ireland nie plak..... perghhhhhhhh.... sungguh kesempitan ekonomi sekarang di negara maju, meningkatkan aktiviti jenayah...... mereka lebih teknology tapi macam yang mereka nyatakan, perkara nie berlaku di luar bandar, jadi keupayaan cctv tu agak limit..... tapi jika ikut siri cctv di tv.... kita akan kagum dengan teknologi mereka......... terutama untuk aku la yang agak terkagum kerana aku baru jer tengok siri ini...... jadi untuk yang dah tahu tu, kira anda mengikut perkembanganlah.....

motip cerita ini........ canggih mana pun, memang perompak nie macam-macam akal dia.......... kesempitan membuat akal tidak wajar. tapi lebih utama aku rasa pegangan hidup yang goyah menjana pada semua kemungkaran.........

Posted at 01:45 pm by leenn
Make a comment  

Saturday, December 12, 2009
tank minyak

petrol station

cepat ajer aku mencatat kejadian tadi diblog. kebas tangan pun belum habis lagi. coat pun belum tanggal lagi.

ekcelinya, kejadian nie dah jadi isnin awal minggu nie. tapi aku ingat kot la aku yang kekwat sangat. gelabah sana sini. even mintak tolong orang pun kot la dek kecoh aku orang pun jadi masalah. kunon ak nak melengah masa, lagipun kunon nak membantu orang. baik kita mudahkan perjalanan orang. jadi dengan nia yang baik (even aku pun memang jenis tak suka buat menda nie depan orang, cz tak nak orang tak selesa), aku pun ke petrol pump dulu. buk bak, tibalah masa nak tutup tank minyak tu. berpeluh aku dalam dingin cz tutup tank tu macam tak grip. so aku mula pikir... clock wise......anti clock wise...

and naluri manusiakan, tanpa perlu bercakap, sambil cubaan memulas sana sini, tapi mata pandang sesapa yang kot terpanggil dengan gayah tipah kunon cool nak tutup tank minyak. tapi hanya gerakan tangan kunon sana sini payah. akhirnya .......... ada yang kena... hehe..... sapa yang kena, makcik pump belakang la..... so dok la cakap apa kena.... ni ha susah plak nak tutup....... meh cuba.......... kanan..kiri......... oooooooo memang tak boleh......... kena cari orang lelaki yang nak menolong nie...........

ok ...... habis satu event....... laki sapa plak nak panggilkan....... masa tu kul 10 lebih pagi....... nasib orang tak ramai menunggu tapi full la station minyak tu......so, aku pun masuk kat tempat kaunter tu, terus ke casher tu ......... ooo i need help....... dalam hati kalau leh nak jer aku jerit.........HELP!!! HELP!!! HELP!!!!!.......... so, sorang lagi mangsa aku... dalam dia berjalan tu, dia sok sek la dengan aku yang dia bukan ada keta........ tapi tak per cuba dulu...cuba cuba tak leh gak..... mai plak staff lelaki, buk bak... tak leh gak....... lepas tu datang sorang staff pompuan, cubaan pertama tak leh....... try lagi.. tak leh memula..... lepas tu ntah camna memula aku nampak dia pusing anti clock wise..... pup tutup....... perghhhhhhhhhhh legaaaa... that time ada plak staff volvo mai tanya dah boleh belum....... kisahnya, kat dalam kiosk tu semur dok kecoh citer aku tak leh tutup tempat minyak....... hehe..... settle kes........ aku andaikan aku ler silap cara tutup....

ceter la dengan kawan nie....... tetiba hari nie, dia gie isi minyak teringat kisah aku...... then dia pun gabra cz tak leh tutup...... tapi psiko jer masa tu.... then leh tutup........ and yang bagus, dia tadi singgah la atas urusan peribadi ke tempat aku........ keh keh keh la we all ketawa pasal kes tutup tank minyak tu....... so aku cakap la tutup clock wise ker anti clockwise....... so dia pun demo keta dia.. ehh tak kan lain plak keta aku....... patut sama jer semua keta...... and nie masuk bab paling tertekan dalam kesejukan......

jom jom tengok keta aku plak....... cehhh.......... bukak la tank minyak tu......... sekali tak boleh tutup.......... arrggghhhh sudah....... puas memulas nie......... kejap dia kejap aku..........

ok ok... amek manual baca.......... bolehhhhhhhhh..... sejuk bukan main tu masa tu....... tangan sejuk gila........ siap wrning nie ... mu jangan balik...... sapa nak menolong aku nie....... orang lalu lalang nie...... last ada la mamat yang baik hati..... bangsa kulit hitam....... orang nak menolong, kita pun suka la...... lepas tengok dia pun bagai nak rak....... then kitarang cakap la........ kalau dia ada hal tak per... kita akan try sendiri......... takut gak dalam dia berusaha kopak plak tutup minyak aku tu kan........... keta kejap terkunci sendiri kejap bukak...... dalam pada dia menolong, datang plak kawan dia......... rasa orang-orang pakistan plak...... tapi dia kata dia tak reti ....so dia balik....... mamat yang baik hati nie plak...... siap letak beg segala mala........... dia nak solve kan jugak......

cuak dah nie....... nak panggil sapa nie........ muncul la nama yang akan aku hubungi tapi tetiba dia berjaya tutup......... waaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh lega semua...... dia pun kata ler. tak tahu macam mana dia buat tapi leh tutup dah...... then gayanya dia nak bukak n tunjukkan........ terus jer we all jetir.......... its ok...... jangan bukak lagi.......... huhuhuhuhhuu.......

maknanya monday nie aku nak kena call workshop laaaaaaa.......... huhu..... 1/2 jam tu cubaan menutup bersama rakan rakan jalanan........ so boleh la di conclude kan tutup tank tu ada penyakit.............

 

Posted at 08:00 pm by leenn
Comments (2)  

Thursday, December 10, 2009
tewas.......

separuh hari berlalu agak memuaskan jiwa. walau hanya satu paragraph yang siap, namun telah aku catatkan apa yang berlegar dikepala. langkah terhenti kerna terasa akal tak mampu berfungsi untuk memainkan bait-bait ayat yang padat dan sedap didengar.

kini ku cuba lagi. tadi seakan idea datang melimpah. tapi kini tetiba bukan idea, mood pun menerawang. aduhhhhhhhhh adakah segala itu disapu dek angin dingin??.. menerawang mengadap dinding putih........ berkali membaca bait yang sama. tapi idea tak kunjung tiba.....

pasrah.......... akhirnya pengorbanan yang hampir seminggu tidak memandang dia, tidak menjenguk dia, tidak menghidu haruman dia, tidak langsung langsung mencuba untuk dapatkan dia........ walau jiwa kedang ketagih jua...... akhirnya tewas...... kerana aku perlukan sangat dan rindu akan kesegarannya.......

coffee-cup

errrrrrrgggggghhhhhhhh..............

Posted at 08:20 pm by leenn
Comments (2)  

kura-kura

 

turtle picture

 

adussssssss.............. rasanya selepas 3 minggu nie, aku baru berada di track kembali. and status aku tak ubah seperti mereka di atas. pening aku memikir dateline. bukan untuk jangka masa terhampir, bahkan untuk masa terakhir yang aku boleh berada disini.

untuk satu sub bab aku amek masa yang lama untuk menyiapkannya. bukan masalah bahasa untuk membaca atau menulis sahaja, bahkan masalah isi tu yang paling teruk....... kenapa??? kerana kerajinan aku membaca journal........ jika terlebih rajin macam aku nie, tu yang tak berapa reti nak bercerite......... bukan boleh ceter sembarangan. and untuk pengajian kali ini, aku agak berhati-hati...... even terkadang walau dah ku tulis sebelumnya journal tu, aku sanggup cari balik and baca balik. risau jika silap paham. lelebih lagi, aku membaca dulu masa aku buat makmal. jadi mungkin aku terdorong dengan rasa nak ada support dari researcher lain, tu kadang researcher tu tak support pun aku terkata dia men'support'...... waduhhhhhhh itu bukan masalah remeh.........

biar telah lalui dahulu, namun, ku kira, aku nie memang suka hidup tak teratur dan sentiasa gelabah sana sini.... jadinya, pengajian kali ini, saling tak tumpah macam dulu. cumanya up sket cz level pun tinggi sket kan.... jadi rasakan lah sekarang....... aku membaca masa membuat makmal kerana nak analysis sikit-sikit data yang ada. jadi kadang terasa macam tahu. tapi kerana tak berapa nak confident kena plak membaca. and kesilapan biasa, dah baca dulu tu, tulis la kan............ tapi dah berlalu pun masa tu, jadi sekarang lalu jer la........

walau perjalanan ini umpama kura-kura, ku harap aku telah habis segala gangguan sosialist dikiri kanan aku. hopefully, aku dapat meneruskan aura yang ada ini. peringatan....... jangan lihat wajah aku tika ini jika anda tak suka........ atau kalau dah mencik, jangan cuba-cuba memandang kerana aku khuatir anda akan loya........ (keadaan aku yang agak senyum pun macam tak senyum tu kan........).

semoga perjalanan ini dipermudahkan dan diberkati........ kerana aku ingin segera pulanggggggggggg...........

Posted at 12:05 pm by leenn
Comments (2)  

Wednesday, December 09, 2009
arrrghhh hari Q

kadang terasa suka. tapi kadang terasa lemas. namun, aku akur begitulah lumrah bila bergelar pelajar....... hari ini lemas aku kerana silih berganti yang datang bertandang..... bila ada rakan nak menghilang ngantuk, tak berhenti la pulak.... secara zahirnya aku layan ramah and tak pulak menidakkan tindakan mereka...... eya aku belum lagi mampu menolak secara terang. lagipun adatlah bertandang kadang-kadang. cumanya kerana aku yang kesuntukan masa. namun, bagaimana harus aku terangkan untuk mereka pergi........ lalu sajalah keadaan itu. sedar atau tidak, masa telah setengah hari....... arrghhh... itu yang aku suka bertandang lewat tu ke meja sendiri........... sudahnya, aku kehilangan idea yang tetiba terterpa semasa kecoh mereka bertandang..........

akhirnya, jika mampu aku meraung ........... mengejar apakah idea yang terlontar tadi.. akan ku buat apa yang mampu untuk ia kembali..................kini aku.......

 

Posted at 01:05 pm by leenn
Make a comment  

Tuesday, December 08, 2009
realiti........

hati terasa sebak ......... begitu mudah aku terbuai dengan lakonan dilayar tv.

sedar atau tidak, terkadang apa yang berlaku umpama sama dengan kehidupan kita. tidak 100% pun, mungkin sebahagian ada terpalit.

eya sebagai manusia yang ada pegangan, pada Nya kita berserah....... pada Nya kita mengharap.

terdetik dihati, hidupku yang realiti umpama apa yang terpapar sebentar tadi.......... cumanya, kerana aku berpegangan....... namun, jika aku seperti mereka, mungkin aku juga begitu.............

sudahnya tertanya aku....... bagaimana aku akan lalui kemudian nanti........ kerana aku kini seakan bercuti sementara dari realiti kehidupan yang hakiki..........

bila terkenang ini........ hati terasa sayu......................


Posted at 09:59 pm by leenn
Make a comment  

hentian yang tak pasti......

tiap perjalanan pasti ada hentian. selalunya hentian itu telah dirancang. namun, satu perjalanan kehidupan, tiada pastinya bila dan dimana hentiannya.

jauh dirantauan, sesuatu dugaan yang berlaku mudah dibilang untuk bertenang. namun, aku akur akan kepayahan untuk bersabar dalam melalui detik-detik getir begini. pemergian mereka yang terhampir, pasti memberi impak pada kita yang tinggal. paling perit jika pandangan terakhir kita adalah tatkala lambaian akhir kita sebelum wajah-wajah itu hilang dari mata. seberat mana hati........... sepayah mana diri......... kita pasti memujuk diri untuk redha dan sabar.....

namun, manusia ... nama pun manusia........ pastinya kesukaran itu menjadi halangan buat sementara. dengan keupayaan kudrat manusia, pasti kita akan cuba sehabisnya dalam mendamaikan hati yang tinggal. antara kita yang tinggal dan mereka yang meninggalkan kita, hanya kita yang tahu sejauh mana kesannya. serapat mana kita, begitu dalamlah kesannya.

mengingati kematian itu adalah sesuatu yang akan mendekatkan kita pada Nya. mengingati kematian itu membuat kita takut pada Nya. mengingati kematian itu membuat kita sedar dimana kita...........

dugaan yang datang walau bukan pada kita, namun tempiasnya tetap terasa kerana kita serumpun disini jauh dari mereka disana. jerih rasa untuk berlari ke sana, dapat dirasa kerana kita berlari merentas masa. yang terdetik dihati kini hanya, bagaimana pula kita menghadapi bila masa kita pula nanti..................

Posted at 04:19 pm by leenn
Make a comment  

Next Page


leenn
Female
United Kingdom

[[MYSELF...]]

~AzLiNe~United Kingdom~

Photobucket




Borak2

   

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31




Lagu2





Masa

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran




Muzik Semasa



MusicPlaylist
Create a playlist at MixPod.com




Laman Yang Dikunjungi


|Hidup Biar Ikhlas| Srikandi Kembara| Picture Perfect| Melur Desa| Muharikah: Jemari Melabuh Tinta Dakwah|Pictures VS Words| Saifulislam.Com :: Erti Hidup Pada Memberi::| mizz's FotoPage|


Akhbar Harian Online










Arikato Kozaimas



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed