 |
 |
 |
|
Wednesday, November 25, 2009
dalam sejuk angin malam, dalam giat menyediakan persediaan, fikiran tak lepas memikirkan aidil adha.
pengertiannya. kesedarannya. sambutannya. keluarga. disini. tahun ini. tahun yang lalu. akan datang. pelbagai persoalan yang timbul, kadang aku ada jawapannya dan banyak juga yang terbiar tanpa jawapan.
cuma satu yang aku pasti kesayuaan untuk adha ini jelas diruang hati. jauh dari keluarga dan mungkin juga terakhir disini. semua perasaan bergelodak sendiri.
Posted at 10:42 pm by leenn
Permalink
hermmm sesejuk nie, mulut asyik nak ngap je. lepas tu dalam tak der apa, pandai plak memilih tu.
antara kepelikan yang timbul sekarang ialah aku suka samosa. samosa yang frozen tu pun dah kira ok... aduhai, camna plak dah ok. dolu dah tak ok. hermmm... ok lah kan, atleast tak yah sesusah, masuk kan jer dalam oven kalau teramat rajin pada hari berkenaan kan. masalahnya, sampai la hasrat nak membeli samosa frozen tak kesampaian. mana tak nya, tahap kemalasan aku meluap luap. untuk dapatkan bekalan ayam n daging pun kemalasan tahap gaban. ermmm waktu nie baru perasan, habis tu camna plak aku nak raya jumaat nie. errr... selama nie raya haji aku raya camna eik....... ishhh gawat sudah......
apa plan aku jumaat nie eik. yang pasti susah nak tentukan dulu cz meeting esok, kot la M tu banyak plak cekadaknya, sure aku tak leh nak berfoya foya sangat jumaat cz mesti ada yang nak disubmit. hermm... tapi jalan raya ok masih leh teruskan.. hehehe...
nie berbalik ke samosa tadi. koje nak hantar esok tak siap lagi. tapi aku tertiba teringat samosa kat himalaya plak.... aduii... kira promote la nie. ok gak samosa dia. ermmm aku rasa cz minik dia buat taruk spices, so agak sodap la jugak samosa dia. ermm sekeping dia jual 50 posen... aku selalu beli 2 or 3..
lama gak dah tak pekena samosa himalaya nie. leh arr singgah jap gie. kalau ada gie... tapi jap kena tgk duit gak. walau 1.00 or 1.50, aku nie suka jalan tak bawak duit. ikut suka jer pinjam kat orang....... nie ada hutang belum berbayar... ingat, ingat jangan lupa...
nota notty:
untuk sesiapa yang saya hutang, sila tolong ingatkan saya jika saya lupa atau bebuat lupa nak membayar...
2. and yang terbaru saya berhutang, wat masa nie saya ingat tapi kita nie selisih masa jer jumpa. jadi hutang nie tak berbayar. tak kan nak tinggal kat kosi meja jer kan... kureng sopan la kan... masa meminjam, sua muka. masa pulang tinggal pesanan ajerrrrrrr.................. tak sesuaiiiii............
Posted at 04:08 pm by leenn
Permalink
feel like first day at school
tu perasaan aku hari nie... ekceli tu la perasaan bila lama tak duk kat meja cz kawan-kawan semua perihatin and datang bertanya. kerana udara hari ini nyaman, rasa berfungsi akal ini bila mana duduk dimeja. kot lebih terasa ada momentum yang mem'push' diri ke hadapan dek ribut awal pagi tadi. huhu
satu benda yang aku suka disini, keperihatinan kawan-kawan bila kita tiada, kita bercakap pada radar keadaan yang very the international kat sini. kalau melayu semua tu agak kurang heran la kan.
and semua disini bergerak untuk satu matlamat. jika kita rasa kita sendiri, ramai juga disini bersama kita. perbualan ringkas selalu dapat menjana udara segar pada kelembapan akal berfungsi.
oooo sukanya kawan-kawan
Posted at 12:42 pm by leenn
Permalink
akak tertekan... arrgghhhh
dramatik tak title for today. tapi sungguh tau..
stress gila akak.... nie kita bukan ceter biasa tapi ceter yang tak biasa akak ceter.... sebelum tu nak bagitau, lesen lulus memandu dikeluarkan selepas sekali diuji sahaja. No 2. lesen amek area kay L ok...... tapi yang hampeh gila, akak fail nak wat side parking............. waaaaaaaaarrrrrrrrgggggghhhhhhhhhhh.....................
adoii hangin gilos betul la........ dah ler sini parking nya manyak side parking. leh parking kat situ kalau dua tpt kosong in between kete, boley........ ishhh macam mana nie...... hari nie dah la nasib tak baik, kena parking dekat 4-5 lorong dari rumah. dalam angin kencang gie jugak la ubah parking kan. takut kena saman la kan.........and benda yang memang aku tak reti reti nak paham walau tahu, ubah la malam sebelum pukul 6 or malam kat area jauh tapi dekat sikit dengan umah........
ke 'confident' nan aku nie mem'parking' nie memang melampau gila. bukan apa, leh jer try sampai jaya, walau berbunyi depan or belakang, tapi akak tak der duik kalau jadi apa-apa. so me olwayzzzz play safe. play safe ler sampai sakit jantung cari parking today........
ada sesapa nak tolong bagi kelas untuk side parking........ tengah dok memikir, dulu awatnya aku reti bab parking nie. and pilihan aku kalau parking biasa plak, masuk belakang dulu... cz petua aku biar susah dulu, nak kuar kang senang....... chuuuuuuppppppp.... jalan. tapi la segala parking tak berapa nak reti. habis masa mak datang dulu, ok jer awak parking. tak kan aku nak angkut gambar mak tiap kali parking kan....... heheheheh tak tak tu keta kancil so memang aku over la masa parking kan.
mana nak search petua side parking nie.... dah la M nak dating dengan aku esok, dan plak nak tension tension bab parking........................ kalau petua abah senang jer, apa nak takut... reverse jer.......... sampai bunyi tekan break.....tapi aku kata lepas tu aku claim kat abah, abah cakap sapa suruh ikut. so confirm arr tak leh terima pakai kan.... arrrggghhhhh.... menyampah gilanya bab parking nie...... tapi kata mak sendiri cari penyakitkan...........
huhuhuhuhuhuhu.................
nota notty: sesapa nak sakat akak bab parking nie, sila sakat dengan manja ok... nanti akak makin hilang confident sapa susah.... AKAK jugak..........heheheeee......
Posted at 09:50 am by leenn
Permalink
Tuesday, November 24, 2009
tengah marah nir... tu dok lepak sini... sib baik leh lepak kat sini. so leh la aku membebel bebel...
apa pun kaedaan, apa pun gaya, selagi belum pasti. kita tak wajar nak bulatkan pendapat kita. mungkin izinkan ketidakpuashatian tu dahulu, kemudian rasionalkan balik diri. kalau kita simpan rasa, leh pecah jugak. tapi untuk memutuskan sesuatu yang tak pasti adalah tidak adil.
sedarkah, bila akal memutuskan sesuatu keputusan, tindakan diri akan menyusul.
adusssssss ... begang rasa diri...........
aku masih tak putus asa. dan aku tak akan putus asa. apa pun jalan cerita hingga temui kepastian, aku tak akan putus asa. hatta, kebenaran terserlah, aku tetap tak akan putus asa.
ingat bila kita terlibat bermaksud ia adalah tanggungjawap kita. suka atau tidak bukan persoalan, kerana kita ada pilihan.
jika undi anda adalah rahsia. dalam kes ini, tidak mengundi pun, tindakan anda bukan lagi rahsia. bila sudah terserlah pilihan anda, baik lah tarik diri. aku??? tidak sekali kali aku rasa ralat. kerana aku sudah jalankan bahagian aku. jangan kata tiada yang mengingatkan, kerana mengingatkan KAU umpama mencurah air didaun keladi.
yang pasti ingin ku jeritkan ............. AKU TAK AKAN PUTUS ASA!!!!!!!!!!!!!!!, apa pun terjadi akan ku terima dengan berlapang dada............
tapi...ishhh kenapa lah sukar untuk menganalisa nie, aku ingin segera pulang...........TUHAN, bantulah akuuuuuuu.............
aku bukan jawapan pada tiap persoalan. aku bukan penyelesaian pada setiap masalah. tapi biarlah berat sama dijinjing...................kerana kita manusia, ada masa kita akan rasa penattttttt........... jadi biarlah aku ambil alih ruang-ruang yang penat itu..........
Posted at 12:21 pm by leenn
Permalink
camna nak mula eik...
aku rasa sekarang memang kena tuka jadual la. bukan apa since last week tiap kali aku kat toilet, door bell mesti bunyik... masa tengah sedap memberus gigi, yang aku rasa macam doktor gigi kejap tu. terus ilang mood nak gosok gigi cz kena bukak pintu. then parcel tak sudah sudah mengunjungi aku...
hehe... santa tersalah anto ker kan........... kuang..kuang..kuang... santa apa nya kan, cz kuar duit untuk dapatkan parcel tu. entah apalah yang aku kumpul lagi. since masa untuk pulang makin hampir, makin laju plak aku mengundang parcel.
semalam, dek kerana aku ingat semua dah selesai, jadi masa door bell bunyik aku kecoh kecoh nak kuar... mana nak make sure tak der ubat gigi kat mulut gie, mana nak capai tudung. adussss......... but today, aku well prepared.......... hehehhe... lawak, siap bertudung.... nasib baik door bell bebetul bunyik........ kalau dak pun tak per, cz musim sejuk nie, bertudung dalam umah pun berfaedah...........
rasa aku dah pernah ceter kat entry lepas. kat sini sistem posnya menarik. barang dihantar pagi. yang biasa aku kena la. and ada gak yang area 12 tengahari. tapi aku rasa ada beza untuk sistem pagi and 12 tu. tapi tak pe lah, asal barang aku sampai. tak der la aku nak wat kajian sistem pengeposan kat sini.
and agak merisaukan jugak, kerana banyak beno parcel yang tiba, store dah makin punuh.............huhuhuhuuhuhuhu... ader lagi ker nak menambah nie.... ishhh ada ada jer aku nir kan.......
Posted at 10:04 am by leenn
Permalink
Monday, November 23, 2009
PERINGATAN untuk diri !!! (nak tumpang boleh jugak...)
masih berbaki lagi 10 hari pertama dalam bulan dzulhijjah tahun ini. sempat lagi untuk aku mengingatkan diri yang alpa dengan duniawi. berada di negara 4 musim nie ada pro and con nya. dzulhijjah di autumn, begitu juga. namun, segala bergantung pada nawaitu.
antara peringatan untuk diri ku yang lalai ini.
berpuasa sunat qiyamulail berzikir.... (sila ulang..........berzikir, bukan BERGUSIP...)
dalam aku meng'google' ilmu, terhenti aku di satu laman. peringatan yang aku rasa sesuai untuk diri ialah
Bagi mereka yang terlepas kelebihan 10 akhir Ramadhan lepas maka ini peluang kedua yang diberikan oleh Allah s.w.t untuk merebut sebanyak mungkin pahala yang ada sebagaimana sabda nabi s.a.w "kejarlah amal kebajikan itu sepanjang tahun".
sangat sesuai la untuk aku kan.. ialah tiap 10 malam terakhir tu aku pasti sibuk dengan jadual perjalanan dalam usaha untuk bersama keluarga. namun, harus diingat, ikhlaslah dalam melakukan ibadah.
nota notty:
1. dalam meng'google' bab agama nie, agak takut jugak kerana dengan ilmu sejengkal nie, takut tersilap laman. kita mudah mengikut saje tanpa kadang perihatin. alkisah ilmu sesat. menuntut ilmu agama nie perlu berguru.........(errr...nota notty or nota insaf.... nota or ....)
2. tak der kena mengena dengan perkara di atas, hanya nak hupdate, betapa podehnya sambal udang untuk nasi lemak ku..... berkat kepakaran dan ke'selalu'an aku didapur.... (jika ku kata pedas, sila percaya kerana aku adalah members group pedas...)
Posted at 07:01 pm by leenn
Permalink
langkah terpesong lagi......
sudah.... cubaan untuk meneku dirumah untuk kali ini agak kurang membanggakan diri. namun, ku kira belum terlewat untuk aku ubah aturan kisah hari ini. hanya ku harap ia tercapai sahaja.
hakikat terkadang aku suka sendiri, kadang aku suka riuh menemaniku. namun, tatkala ini banyak alasan kenapa aku ingin sendiri. biasa aku mampu memaksa diri. tapi kali ini aku akui, tumpuan ku lari. bukan lari 90 degree tapi 360 darjah. selalu sehari sahaja. nie dah lebih 24 jam....... tapi aku ingin menamatkan perjalanan yang sentiasa tergelincir ini. mungkin kah bermula magrib ini....
pagi tadi tergelincir aku dialam maya. mencari article, article lain ku jumpa. selepas zohor, langkah ku hingga ke dapur sahaja. dalam menu yang tiada beras digunakan, tetiba hati ingin pula nasi. lebih dashat, nasi lemak pulak tu.
hermmmm .. sudahnya, aku ikutkan saja kehendak diri. kerana aku tak mahu diri menuntut kemahuan yang tak dituruti esok nanti. selesai aku berperang di dapur. selamat sudah untuk menu hari ini.........
nasi lemak, sambal udang dan brokoli steam pengganti timun. ekceli ada dua versi sambal. lama aku teringin sambal telur burung puyuh. lama jugak telur burung puyuh tu bertapa dalam fridge aku. so, aku ambil keputusan untuk membuat 2 versi sambal.
selain tu, terdapat berita dari mak. semoga semua berjalan lancar. hermm... dengar panggilan mak, terus terasa nak berlari keluar dari dapur, atau lebih tepat nak bertapa di universiti. inilah kehidupan bila dirumah, semua nie pun kerana aku dah kemas kini bekalan dapur hujung minggu lepas.
jadi diri, lepas bermanja dengan nasi lemak, silalah anda berjogging esok hari... ok. hermmm .. lebih penting kembali fokus....... kembali fokus tak semestinya blog pun perlu seryes.......... :)
Posted at 01:58 pm by leenn
Permalink
mula pagi dengan niat yang suci. tapi terkantoi ditengah jalan bila kisah semalam menjelma lagi. entah apa mimpi, kenangan silam makin rancak plak timbul. kini mengimbau zaman umur masih satu angka.
and its really funny. why??? entah macam mana ku google la salah satu nama kawan. jap, rasanya sindrom mengimbau nie mula terjah masa kat facebook nie... tapi tu la terhenti sana sini.. ok back to d story... so aku google la nama kawan nie. and suddenly, i saw my name... even spelling tak ler betul, tapi i sense something. so, ku terjah ke laman itu.........
hahahahahaha.......... one of my friend masa zaman ... uishhh zaman dolu-dolu la....... tapi aku memang tak leh cam langsung penulis nie. sudahnya hilang analisis, lain plak ku analisa............. and membaca laman itu buat aku tersenyum........
pernahkan kadang kita rasa ingin bersua semula dengan semua insan yang pernah mewarnai kehidupan kita. baik masa kita mula bertatih hingga dewasa ini. tapi tu la......... entah mana nak mula. dan kadang tiada kekuatan...........
errr.... rasa kena kembali ke pangkal jalan........... ada kerja yang belum selesai dan perlu perhatian........ huhu, harap aku dapat submit sesuatu minggu ini.......
Posted at 10:17 am by leenn
Permalink
Sunday, November 22, 2009
perasaan tatkala ditemani hujan...
tetiba rasa macam nak balik and sambung dari tanah air. terasa penat menumpang disini. perasaan bergelodak. inilah antara cabaran bila sendirian dibumi asing.
tiada langsung langkah positive untuk hujung minggu. walau sekeras mana kucuba. diri tertiba dihanyut kenangan lampau. satu persatu sejarah silam terbayang. semua mengundang pelbagai rasa. terus terang ingin saja aku mencari semua yang berlalu. bukan untuk apa, hanya untuk tahu. namun, jauh diceruk hati rasa malu... lebih-lebih lagi, perjalanan aku belum selesai disini. buat berpuluh-puluh kilo malu ........
ingatan itu ada tapi banyak yang kabur........ errr... adakah aku...??? ishhh..........
Posted at 09:13 pm by leenn
Permalink
|
|
 |
|
 |
|