Entry: luar jangkauan pemikiran.... Monday, November 02, 2009



setiap manuasia berdepan dengan persoalan yang tersendiri. ada persoalan yang nyata ada juga yang mainan emosi. kesukaran menghadapi terpulang pada setiap individu. terkadang gabungan dua persoalan lebih menghentak kepala.

persoalan datang tanpa diminta, mengisi perjalanan kehidupan kita. kadang permasalahan yang timbul diluar jangkaun pemikiran kita. puas cuba menghitung, puas cuba mengimbangi, namun ternyata tak tercapai dek akal manusiaku apakah yang berlaku. jenuh mencari dimana silapnya. jenuh mencari mana puncanya. kiranya kerana pernah tingkah ini, cara ini, manusia ini membuat sesuatu yang terlalu menguris rasa. tidakah ada langsung ruang kemaafan di jiwa???..........

jika guris itu kini tinggal berbekas dihati, tidak kah mampu masa itu menlunturkan rasa benci. sesuatu yang sukar dinyatakan hanya perasaan yang merasa. terkadang lemas juga dengan permasalahan bergini, namun aku rasa bersandar pada Nya untuk menrungkai segala. hanya DIA yang tahu apa yang tersirat dan tersurat. penolakan itu terasa namun tiada bukti yang nyata. biar kepala berisi dengan beribu persoalan, namun ku balut semua rasa dengan satu kata. menghormati mungkin yang terbaik dari cuba memahami.

jadi diri, alpakan diri dari terus dihujani dengan rasa itu. cubalah cari damai dihati. seperti yang pernah dikatakan padaku, 'keaiban itu terbuka oleh Nya atas kehendaknya, dan tertutup keaiban itu jua atas kehendak Nya' . semestinya aku yang lemah sukar menerima, tapi apa yang berlaku diluar jangkau pemekiran manusia............

jika masa tidak mampu membalut atau membunuh kebencian didiri terhadap makhluk ini. ku harap masa mampu merawat rasa untuk tempoh yang berbaki ini............

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments